Syawal Tanpa mu feat. Nawi , G 542 & Farhan lyrics
by NtahSape2Ntah
Tika takbir memecah sunyi
Tika perasaan sedih menyelubungi
Ku terbayang dia yang selalu disisi
Namun ku tahu dan pasti itu hanya ilusi
Terkenang dahulu suasana meriah
Sambut hari lebaran kami bersama
Tapi kenangan tetap ditelan masa
Ku hanya mampu panjatkan doa di pusara
Alunan takbir membenam perasaanku
Jauh ke dasar kolah tampungan air mataku
Habis semua berlimpah mengisi semua lurah
Seperti embun pagi, semua jatuh ditadah tanah
Ternampak bayang kelibat dirimu
Cubaku capai tuk berjabat mahu mohon ampun
Namun kamu hanya maya c*ma mainan mata
Semua sudah tiada kau bawa rayaku
Ku dambakan keampunan darimu
Syawal yg tiba kini terasa tanpamu
Suasana pilu menyapa ke hatiku
Dengarkan rintihan dariku yg amat merindui mu
Sebalik tirai besi tiada sapa disisi
Doa pada ilahi hanya Mu yg memahami
Selami mendalami diri yg menharungi
Segala yg dilalui tidak guna dikesali
Amat merindui mereka telah pergi
Nyata realiti mereka tidak kan kembali
Walau diri ini kian dipulaui dijauhi
Hari raya aidilfitri tetap di rai di rasai